December 22, 2011

Zaman KEGEMILANGAN Bola Sepak MALAYSIA 2011 : SELAMANYA HARIMAU MALAYA!


2012 bakal melabuhkan tirai dalam beberapa hari saja lagi. Asyik post pasal bola sepak luar. Sekarang wa mau bagi analisis sikit berkenaan bola sepak kita yang wa nampak semakin meningkat hari demi hari. Kejayaan Soccer Kids kita menewaskan Burnley FC dalam kedua-dua perlawanan mereka membuktikan Malaysia tidak kekurangan bakat. Siapa tahu, budak-budak Soccerkids inilah yang akan mencorakkan Harimau Malaya di masa hadapan.

Harimau MALAYA!
Sepanjang Januari hingga Jun, skuad senior negara tidak pernah kalah dalam lima perlawanan persahabatan mereka. Namun mereka tewas dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia kepada Singapura dalam pertarungan yang menampilkan Singapura dibarisi awang-awang importnya. 

Pertemuan Singapura Malaysia pusingan ke3 Piala Dunia 2011 
Walau bagaimana pun, Harimau Muda mencuri perhatian pada tahun ini dengan mengekalkan pingat emas Sukan SEA yang lalu. Biarpun tidak diletak sebagai pasukan pilihan pada temasya itu, Ong Kim Swee bijak menyusun strateginya dengan kapten Baddrol Bakhtiar sebagai kapten yang cemerlang mengemudi Harimau Muda ke arah kejayaan.

Saat gemilang kita, mengekalkan pingat emas buat kali keduanya!
Liga Super pula menyaksikann The Red Warrior aka Kelantan FA ditabalkan selaku juara liga di bawah pimpinan Dato' M. Karathu dan menyaksikan Terengganu di tangga kedua diikuti Selangor yang menduduki tangga ketiga. Syabas kepada Pasukan Kelantan kerana mereka mempunyai pucuk pimpinan yang begitu berdedikasi di bawah Tan Sri Annuar Musa.

Perlawanan TRW menentang Sabahawaks yang menyaksikan Sabahawaks tewas dan seterusnya menobatkan Kelantan menjadi juara Liga Super Musim 2011.
Dalam saingan Piala FA pula, Terengganu menunjukkan penguasaan mereka walaupun menduduki tangga kedua Liga Super dengan membenam TRW selepas masa tambahan dengan jaringan 2 1. Misi Irfan Bakti itu berjaya setelah TRW mengecewakan mereka dalam saingan Liga Super.  

Terengganu menang dengan jaringan sendiri oleh Daudsu dan Nordin Alias pada masa tambahan.
Lain ceritanya pada saingan Piala Malaysia. Salah satu piala yang tertua dan temasyhur di Malaysia, Piala Malaysia amat berprestij. Terengganu berhasil untuk mara ke perlawanan akhir sebelum tewas kepada Negeri Sembilan! Negeri Sembilan dengan skor 2 1.

Hobin Jang Hobin!
Prestasi pemain negara selepas Piala AFF suzuki 2010 yang lalu membuka mata kelab-kelab luar negara untuk mengambil pemain negara bermain dengan kelab mereka. Antaranya ialah Super Safee (Safee Sali) yang dibeli oleh kelab Pelita Jaya, Indonesia. Beliau menjaringkan 7 gol dalam 13 penampilan bersama Pelita Jaya semasa musim pertamanya di sana. Trio Malaysia, Fadhli Shas, Wan Zack Wan Haikal dan Irfan Fazail pula dipinjam oleh FC Vion, Slovakia untuk 3 bulan. Walaupun membuat hanya tiga penampilan bersama Vion, pengalaman bermain bersama kelab Eropah dapat memberi pendedahan berguna kepada mereka.

Safee Sali bersama Pelita Jaya.
Zack, Fadhli dan Irfan bersama Vion FC.

PEMAIN TERBAIK PILIHAN KAMI

Khairul Fahmi Che Mat @ Apek. 
Kami memilih Apek sebagai ikon bola Malaysia pada tahun ini kerana kecemerlangannya bersama skuad Harimau Muda pada Sukan SEA 2011 yang lalu. Memainkan peranan penting dalam kejayaan TRW menjuarai Liga Super dan menjaga gawang Malaysia dengan bersungguh-sungguh, Apek sememangnya memainkan peranan penting dalam memacu skuad Malaysia di peringkat antarabangsa. Mungkin Apek tidak begitu tinggi tetapi fleksibilitinya amat menakjubkan. Walaupun tidak terlepas dari isu pipi merahnya dulu, dia tetap berjaya menyerap segala tekanan dan memastikan tahun ini adalah yang terbaik untuknya!.Go APEK!  

HARAPAN KAMI SEBAGAI PEMINAT

Go Harimau! Make us proud. Dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kepada penyokong lalang, jangan buang suara anda berteriak melaungkan nama Malaysia ketika juara. Tetapi mengeji Malaysia ketika kalah. Saya tertarik dengan kata-kata salah seorang pemain Indonesia, tidak ingat siapa. "kalau tidak mampu menyokong pasukan kami ketika kami kalah, jangan la bersorak ketika kami MENANG". Maaf kalau terkasar bahasa, cuma buah fikiran. Semuanya ingin melihat Malaysia maju dalam bola sepak. Teruskan menyokong pasukan kita! 
SELAMANYA HARIMAU MALAYA!

0 Pengulas Tetap:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...