January 30, 2011

Piala Sultan Ahmad Shah Milik The Red Warriors

1. KELANTAN menyambung pesta mereka sejak menjuarai Piala Malaysia, Oktober lalu untuk terus membuktikan barisan bergelar The Red Warriors itu kini sudah mula memperagakan kelibat garang menjadi kuasa baru bola sepak negara.

2. Malam tadi, jaringan daripada Norshahrul Idlan Talaha menerusi penalti minit kelapan dan Mohd Badri Radzi tujuh minit sebelum tamat perlawanan sudah cukup untuk mereka menang 2-0 mengatasi Selangor dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam.

3. Kejayaan itu membutirkan skuad bimbingan Datuk M Karathu gelaran kedua dalam tempoh tiga bulan.

4. Pertembungan dua pasukan gergasi itu turut dipalit insiden baling botol air dan mercun oleh penyokong sehingga mengakibat perlawanan tergendala kira-kira 10 minit pada minit ke-62. Namun, secara keseluruhan saingan itu berlangsung dengan menarik dan pengadil, Mohd Yusof Mat Karim hanya melayangkan satu kad kuning kepada pemain Kelantan.

5. Pelawat jelas tidak hilang sengat dalam menguasai permainan dengan bantuan sorakan ribuan penyokong dalam warna merah-putih buat mencipta derita Selangor pimpinan K Devan yang hampa di halaman sendiri melihat lawan pulang dengan trofi itu buat julung kali.

6. Impian peminat Merah Kuning melihat Safee Sali - penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF- membolosi gawang lawan jelas menghampakan ketika benteng Red Warriors seperti sudah diarah Karathu mengekang penyerang prolifik itu.

7. Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menyifatkan pemilihannya sebagai pemain terbaik perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah sebagai kejayaan sepasukan. Beliau berkata, kejayaan itu dikongsi bersama kerana ia hadir hasil usaha sepasukan dan semua pihak memainkan peranan dalam memastikan kemenangan Kelantan.

8. “Ini adalah anugerah pemain terbaik pertama yang saya terima, dan pastinya ini menguatkan lagi keazaman saya untuk terus mempamerkan aksi cemerlang.
“Kejayaan menjulang trofi ini juga akan menjadi pembakar semangat kepada skuad Kelantan untuk meneruskan aksi cemerlang dalam Liga Super musim ini,” katanya.

9. Khairul Fahmi juga berjaya mengekang rakan sepasukan skuad kebangsaan, Safee Sali yang menjadi penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF buat menghampakan Selangor di halaman sendiri.

10. Apapun, jaringan penalti pada awal babak permainan perlawanan sumbangsih itu dikatakan punca skuad Merah Kuning gagal bangkit kembali, sebaliknya percaturan lawan untuk mengasak sebaik wisel permulaan membutirkan hasil.

11. “Gol pertama Kelantan sudah membunuh kami dan permainan kami menjadi sukar selepas itu. Ia tidak banyak berubah. Apapun, saya tidak mahu menyalahkan pemain. Mereka beraksi dengan baik dan kami akan kembali dalam perlawanan berikut,” kata jurulatih Selangor, K Devan.

12. Barisan the Red Warriors hanya sempat berlatih tiga hari bawah jurulatih baru, Datuk M Karathu dan masih segar daripada kejayaan tiga bulan lalu apabila muncul juara Piala Malaysia. Malam tadi, mereka membuktikan semangat untuk mencipta kemenangan pada perlawanan pembuka tirai Liga Super untuk musim baru.

13. Selain gol pembukaan pada minit ke-8 hasil penalti disempurnakan Norshahrul Idlan Talaha yang menjadi pemisah awal kedua-dua pasukan, aksi 10 minit awal permainan nyata milik Kelantan yang beberapa kali melancarkan serangan berbahaya ke kubu Selangor termasuk dua sepakan percuma dari luar kotak penalti yang hanya sedikit tersasar.

14. Selepas rehat, aksi berbalas serangan berterusan dan walaupun Merah Kuning berusaha keras mencari gol penyamaan, sebaliknya Kelantan yang berjaya menambah gol pada minit ke-83 menerusi kaptennya, Mohd Badhri Mohd Radzi.


rujukan: www.bharian.com.my
p/s-semoga bola sepak negara kita berkembang maju!!

January 29, 2011

Cesc Fabregas : Real Madrid atau Barcelona??

Fabregas bersama Real Madrid??
1. Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho dilaporkan telah membuat tawaran terus kepada Cesc Fabregas supaya menyertainya di Real Madrid 'summer' ini.

2. Tetapi Mourinho mungkin menghadapi kesukaran kerana kapten Arsenal itu merupakan bekas pemain remaja Barcelona, musuh ketat Real.
 
3.  Lima bulan lalu, Fabregas, 23, hampir pulang ke Nou Camp sebelum pujukan Arsene Wenger mengubah fikirannya.

4. Real akan membida 35 juta Pound atau mereka akan menawarkan bek Ezequiel Garay, midfielder Lassana dan Mahamadou Diarra atau Gago sebagai sebahagian daripada perjanjian.

5. Sumber dalaman kelab mengatakan bahawa Mourinho membuat keputusan secara peribadi untuk meyakinkan Cesc bahawa dia boleh menjadi ketua seterunya bagi pasukan itu..

6. Namun Barcelona turut akan memulakan semula usaha untuk mendapatkan Cesc. Presiden kelab itu, Sandro Rosell bersedia untuk berbincang secara peribadi dengan Arsenal sendiri.

7. Pelaburan yang dibuat oleh Qatar Foundation di Barca telah merangsang bajet perpindahan mereka namun 31 juta Pound merupakan had yang mereka ada dengan Wenger diberi pilihan untuk memilih pemain muda seperti Bojan Krkic, Oriol Romeu dan Thiago Alcantara.

p/s-dua-dua kelab pun bagus..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...