December 16, 2011

10 STADIUM Terbesar Dunia

BIla sebut stadium, kita akan membayangkan kemeriahan acara yang berlangsung. Kehadiran ultras2 dan peminat tegar sesuatu sukan akan menceriakan suasana hari pertandingan. Semakin besar stadium itu, semakin bingit telinga dengan pelbagai bunyi sorakan dan vuvuzuela. Di bawah ialah 10 stadium terbesar di dunia antaranya stadium yang terletak di negara kita sendiri. Layan.

10. MELBOURNE CRICKET GROUND 


Stadium ini dibina pada 1853. Acara sukan pertama di stadium ini ialah perlawanan kriket yang diadakan pada 30 September 1854. Pengubahsuaian telah menambah jumlah penonton yang boleh menyaksikan perlawanan kriket di stadium ini hingga  100,000 orang penonton.


9. STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL



Terletak 20 km utara Kuala Lumpur, Malaysia. Stadium kebanggaan negara ini adalah venue untuk pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia. Stadium ini juga pernah digunakan untuk pelbagai acara sukan lain di samping beberapa acara hiburan dan perhimpunan. Kapasiti penonton stadium ialah 100,200 orang. 


8. NEYLAND STADIUM


Satu lagi stadium untuk bolasepak Amerika ialah Stadium Neyland. Ianya kepunyaan pasukan Tennessee Volunteers di Knoxville, Tennessee. Kapasitinya ialah 102,000 orang penonton.

7. STADIUM OHIO

Stadium Ohio adalah kepunyaan pasukan Bolasepak Amerika Buckeyes di Ohio State University di Columbus, Ohio. Ianya boleh menampung jumlah penonton seramai 102,329 orang.


6. STADIUM JORNALISTA MARIO FILHO

Stadium bolasepak ini terletak di Rio de Janeiro, Brazil. Dianggarkan stadium ini boleh memuatkan seramai 103,045 orang penonton.

5. STADIUM BEAVER

Pasukan Bolasepak Amerika, Penn State Nittany Lions menggunakan stadium ini sebagai stadium rasmi. Ianya terletak di Pennsylvania State University, boleh menampung sehingga 107,282 orang penonton setelah mengalami pengubahsuaian pada tahun 2001.

4. STADIUM MICHIGAN

Digelar “The Big House” merupakan stadium rasmi untuk pasukan University of Michigan dalam acara Bolasepak Amerika. Stadium yang dibina pada tahun 1927 ini pada asalnya boleh menampung jumlah penonton sebanyak 72,000 orang. Pengubahsuaian terhadap stadium ini telah melebarkan jumlah penonton yang boleh ditampungnya sehingga 107,501 orang.

3. STADIUM 'ESTADIO AZTECA' 

Stadium Azteca merupakan yang ketiga terbesar di dunia terletak di Mexico City, dengan keupayaan menampung penonton sejumlah 114,465 orang. Ianya digunakan kebanyakannya untuk perlawanan bola sepak. Stadium ini juga merupakan stadium rasmi pasukan kebangsaan Mexico dan kelab bolasepak Mexico, America.

2. STADIUM SALT LAKE

Stadium Salt Lake terletak di bandar Salt Lake, di Kolkata, India. Dibina pada tahun 1984, boleh menampung jumlah penonton sehingga 120,000 orang. Stadium ini dibina khusus untuk acara bola sepak dan acara olahraga.


1. STADIUM RUNGNADO MAY DAY 
Stadium ini dibina pada tahun 1989 mempunyai 150,000 tempat duduk. Stadium milik Korea Utara ini pernah mencatat jumlah penonton mencecah 190,000 yang datang untuk menyaksikan satu pertanding gusti professional.

0 Pengulas Tetap:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...