December 28, 2011

Cerita Sebenar SAFEE SALI : ISU Pengharaman ISL Oleh FIFA

Safee Sali
1. KITA kecoh baru-baru ini apabila Safee Sali tidak boleh mewakili negara kita kerana Indonesian Super League(ISL) telah diharamkan oleh FIFA. Safee lantas tampil di media mendedahkan perkara yang sebenarnya. 

2. Setakat post ini ditulis, siasatan FIFA masih dijalankan ke atas ISL. Jika benar diharamkan, kelab-kelab Indonesia yang bermain di bawah ISL terkena tempiasnya. Pemain yang bermain di dalam kelab-kelab ini akan diharamkan untuk mewakili negara masing-masing dalam kejohanan antarabangsa atau domestik.

3. SAFEE SALI menyatakan hasratnya untuk kekal bersama Pelita Jaya dan menolak khabar angin ingin berpindah ke kelab lain. " Masalah ini membuatkan saya keliru mana yang betul. Tapi saya masih menunggu hasil siasatan FIFA ke atas PSSI dan saya harap agar benda ini boleh diselesaikan dengan segera."katanya kepada wartawan pada khamis.

4. SAFEE tidak menolak kemingkinan untuk bermain di luar Indonesia sekiranya pengharaman ini betul-betul dilaksanakan. "Tapi saya belum ingin membuat sebarang keputusan mengenai perkara ini kerana masih menunggu perkembangan siasatan ini. Jangan  risau saya masih ingin bermain untuk pasukan negara kita. FAM sedang memerhatikan perkara ini." katanya.

5. PSSI mengumumkan yang Liga Perdana Indonesia (IPL) yang diketuai oleh Prima Indonesia Sportindo akan menjadi liga rasmi negara itu dan Liga Super Indonesia (ISL) bukan dalam perancangan mereka buat masa ini. 

6. Pengarah Pelita Jaya menafikan perpindahan Safee ke kelab lain. " Tidak banyak yang saya boleh katakan sehingga ini. Semuanya hanya rumor sahaja. Apa yang saya tahu, Safee amat gembira di sini, tiada masalah untuknya. Dia akan kekal bersama kami.". Keluarga Bakrie yang mengendalikan Pelita Jaya turut memiliki kelab di liga Australia, Bribane Roars, yang berpotensi untuk menjadi destinasi Safee selepas ini sekiranya dia ingin berpindah. Tidak dinafikan, bekas penyerang Selangor ini sentiasa  ingin berpindah ke liga yang lebih besar dan ketua jurulatih Pelita berharap sebaliknya. 

7. "Safee pemain penyerang utama kami. Dia sering menjadi 'target man' kami. Saya harap dia akan kekal. Saya rasa perkara ini tidak akan berlaku kerana kami masih bermain di liga yang sah. Tapi jika diharamkan, kami akan mencari penyerang baru menggantikan Safee." kata Lalu Mara.

8. Safee berpindah ke Pelita Jaya musim lalu hasil kecemerlangan sewaktu Piala AFF Suzuki 2010 yang lalu. Dia antara nadi utama Pelita Jaya kerana membantu melonjakkan Pelita ke tangga terbaik liga musim lalu dengan menjaringkan 7 gol. Pada musim ini, dia telah dilantik sebagai kapten pasukan dan menjaringkan 1 gol dalam 3 perlawanan setakat ini.

9. Peminat yang ingin mengikuti perkembangan Safee Sali di Facebook, boleh 'LIKE' page rasmi Safee Sali. Klik sini. Untuk pembaca setia blog kami, boleh follow kami dekat Facebook DUNIA BOLA SANA SINI. Sama-sama kita mendoakan kejayaan Safee untuk kemajuan bola sepak negara kita.

0 Pengulas Tetap:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...