February 28, 2011

System Is Not Down!!

maaf sebab admin xdpt nak update belakangan ini.. sibuk dgn urusan2 lain tetapi kami akan kembali dlm masa yg terdekat ini.. maaf peminat bola semua..Majulah Bola Untuk Negara..

February 02, 2011

Pertahanan Manchester United, Gary Neville Mengumumkan Untuk Bersara.

Gary Neville

1. Pertahanan Manchester United, Gary Neville mengumumkan persaraan serta-merta daripada kerjaya bola sepak pada umur 35 tahun.

2. Neville yang telah membuat hanya 3 penampilan EPL musim ini disebabkan masalah kecergasan, membuat 602 penampilan bersama MU dan mewakili England untuk 85 perlawanan.
 
3. Digelar sebagai "the best English right back of his generation" oleh Sir Alex Ferguson, Neville ialah salah seorang daripada skuad yg memenangi Piala Remaja FA pada 1992 bersama graduan akademi MU yg lain iaitu Ryan Giggs dan Paul Scholes yg mendedikasikan keseluruhan karier bola sepak mereka di MU.

Zaman Mudanya bersama MU; no. 2 dari kanan

4. Walaupun Scholes dan Giggs masih bersinar di EPL, Neville sudah membuat keputusan utk menggantung butnya. Semasa bersama MU, beliau telah mengumpulkan 8 kejuaraan liga, 1 Liga Juara-Juara dan 2 League Cups. 
 
5. " Saya telah menjadi peminat MU sepanjang hayat saya dan telah memenuhi segala impian yang saya inginkan selama ini. Yang jelas saya amat kecewa kerana karier sy berada di penghujungnya, walaubagaimanapun hari itu telah datang dan masa untuk saya pergi ialah sekarang" kata Neville kepada pemberita. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Sir Alex atas tunjuk ajarnya selama ini. "Impaknya kepada kelab secara umumnya amat besar; kehadirannya di bilik persalinan dan kualiti kepimpinan menjadi aset kepadanya sebagai seorang pengurus. Semua pemain muda harus berterima kasih kepadanya" tambahnya lagi.

Bersama David Beckham

 
6. Gandingan yg baik bersama David Beckham di sebelah kanan pasukan United, Neville dianugerahkan lilitan kapten pada 2005 hasil daripada semangat berpasukan,dedikasi yang ditunjukkan serta nilai professionalisma dibawah pengurusan Sir Alex Ferguson.    


7. Ferguson berkata, " Gary ialah seorang bek kanan yg terbaik pada zamannya. Beliau ialah contoh kepada mana-mana pemain muda yg lain kerana sifatnya yang profesional, kerja keras, setia dan bijak. Sebagai peminat United yg tulen, nama beliau sentiasa dalam sebutan peminat-peminat MU di luar sana." 

8. Neville juga merakamkan penghargaan kepada rakannya, Rio Ferdinand yang menulis status di twitter yg berbunyi, "Gary Neville has retired from football ... the best right back in premier league history #fact. Gonna be a loss to our dressing room #banter.".



 

Luis Suarez Milik Liverpool ! 10 Fakta Luis Suarez Yang Anda Mesti Tahu.

Luis Suarez
1. Liverpool telah melengkapkan perpindahan Luis Suarez dari Ajax dengan yuran perpindahan sebanyak €26.5 million (£22.7 million) untuk kontrak lima tahun setengah dan memberikan jersi No. 7 kepadanya.

2. Suarez menjaringkan 49 gol dalam 48 perlawanan bersama Ajax musim lalu.

3. Sedikit sebanyak info mengenai Luis Suarez. 


  • Nama samaran Suarez ialah 'El Pistolero' yang bermaksud 'The Gunfighter'.
  • Benda yang sering dikaitkan dengan dirinya ialah telinganya. Malah sewaktu berada di Holland, dia telah keluar dalam satu iklan berkaitan dengan alat pendengaran! 
  • Suarez mempunyai rambut yg PANJANG sewaktu tiba di Ajax tetapi diarahkan supaya memotongnya oleh isterinya sendiri, Sofia! Alasannya, itu lebih sesuai untuk menunjukkan penampilannya sebagai kapten.
    versi rambut panjang
     
  • Dia dilahirkan pada 24 January 1987 dan berkongsi tarikh lahir yang sama dengan pelakon The OC, Mischa Barton dan jg pemusik Jools Holland.
  • Luis membesar di Salto, bandar kedua terbesar di Uruguay. Bandar ini terkenal dengan kolam termal yang mencecah 100 degreees fahrenheit sepanjang tahun. 
  • Dia menamatkan kempen 2009-10 sebagai penjaring gol terbanyak Eredivisie sebanyak 49 gol di semua perlawanan yang disertainya. Dia juga dinamakan sebagai Dutch Footballer of the Year.
  • IFFHS memahkotakannya sebagai World's Top Goalscorer untuk 2010. 
  • Dia memberi penghargaan kepada Lionel Messi sebagai pemain terbaik di dunia. Dalam temuramahnya bersama akhbar Sepanyol, El Mundo Deportivo pada 2009, dia berkata " Messi terbaik, tiada keraguan ttg kehebatannya. Perasaan teruja apabila melihat dia bermain. saya bertanya kpd Martin Caceres ttg Messi dan dia berkata Messi antara salah seorang pemain yang paling 'humble' di 'locker room'."
  • Menurut beliau sendiri, kunci kepada kejayaannya sebagai pemain bola sepak ialah teknik dan 'innate knack' utk menjaringkan gol. "saya boleh cakap yg sy secara teknikalnya sgt bagus dan sungguh bertuah utk menjaringkan gol dengan mudah. tetapi saya tidak suka bercakap mengenai diri saya sendiri; saya lebih suka jika org lain meluahkan apa yg mereka fikirkan ttg sy"
  • Bakat dan namanya dikongsi bersama dengan salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman. The Great Luis Suarez bermain untuk Barcelona dan Inter Milan antara tahun 1950 dan 1970, menjuarai 3 kejuaraan Seria A, 2 European Cups dan 2 Intercontinental Cups dalam 9 musim bersama Nerazzuri.


    p/s-jgn bersedih Liverpool. kmu ada suarez=)







     

February 01, 2011

Fernando Torres ( El Nino ) Beralih Angin Ke Stamford Bridge!

Torres dengan jersi Chelsea
Antara detik-detik Torres bersama Liverpool
1. Chelsea telah melengkapkan perpindahan Fernando Torres dari Liverpool dengan rekod perpindahan British sebanyak £50 juta.

2. Torres menandatangani kontrak untuk lima tahun setengah dan meletakkan pendapatannya setaraf dengan kapten Chelsea, John Terry dan Frank Lampard.

3. Torres menyertai Liverpool dari Athletico Madrid pd 2007 dan mencipta rekod sebagai penyerang import yang paling prolifik dalam debutnya bersama Liverpool di England mengalahkan Ruud Van Nistelrooy dari Manchester United.

4. Rekod bayaran termahal dalam bola sepak Inggeris sebelum ini dipegang Carlos Tevez selepas keluar daripada Manchester United untuk ke Manchester City dengan bayaran 47 juta pound (RM235 juta) pada 2009.

5. Antara kenyataan yang dikeluarkan Torres selepas perpindahannya ke Chelsea:

“Saya amat gembira dengan perpindahan ke Chelsea dan berharap dapat membantu rakan baru musim ini serta untuk beberapa tahun akan datang,” kata Torres.

“Selepas menentang Chelsea beberapa kali sejak datang ke England, saya tahu ada ramai pemain hebat di sini dan saya perlu bekerja keras untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama. Saya harap dapat menjaringkan beberapa gol penting bagi menggembirakan penyokong musim ini,” kata penjaring 81 gol untuk Liverpool itu.

“Saya pasti saya melakukan satu langkah besar ke depan dalam karier dengan menyertai kelab seperti Chelsea.
Saya hanya mahu berada pada tahap sepatutnya bagi saya. Ini kelab yang hebat dan setiap orang menjangkakan yang terbaik dari saya, saya sudah bersedia dengan cabaran itu.”

Replika jersi Torres dibakar
6. Yang pasti pemergian Torres tidak dpt diterima oleh penyokong2 fanatik Liverpool kerana mereka tidak menjangkakan yang Torres akan keluar awal dari kelab itu.

7. Namun duit hasil perpindahan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Dalgish, pengurus baru Liverpool menggantikan Roy Hodgson dengan membawa masuk dua pemain baru, Andy Carroll dan Luis Suarez.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...