March 28, 2011

Bintang Baru Chelsea, David Luiz !

David Luis


1. Ramai yang menyangka pembelian Fernando Torres Januari lalu akan memberikan impak segera kepada The Blues dan ramai kita tidak sedar bahawa David Luiz telah melakukan keajaiban dengan volinya yang cantik ketika kemenangan ke atas MU yang lalu.

2. Luiz lantas dilabelkan sebagai pemain terbaru The Blues yang berbahaya apabila menyerang dan menjadi pujaan peminat. Pemain yang datang dari Benfica ini mempunyai gaya rambutnya yang tersendiri.

3. Pemain berumur 23 tahun ini pernah digugurkan kelab gergasi Sao Paolo di Brazil dan kelab Divisyen Dua, Vitoria Bahia mengatakan kepadanya bahawa fizikal tubuh badannya tidak sesuai untuk menjadi pemain bola sepak profesional. Namun jurulatih Ilderico, Tiu campur tangan untuk meyakinkan kelab yang mereka harus mengekalkan pemain ini kerana kecekapannya membaca perlawanan.

Bersama Pasukan Kebangsaan Brazil


4. Seorang wartawan Potugal memberitahu , "dia gemar menggelecek terlalu lama di kawasan pertahanan dan melepasi ramai pemain namun selalu kehilangan bola. Dia begitu yakin sehinggakan dia fikir yang dia ialah Maradona."



5. Kehadiran Luiz di Chelsea turut disukai Ramires yang juga pemain yang berasal dari Benfica. "semua orang di Benfica menyukai David, bukan kerana hanya kualitinya di atas padang. dia gemar membantu orang dan saya salah seorang yang menerima manfaatnya. dia ada semua ciri yang diperlukan untuk sukses di Chelsea. dia ada jiwa yang besar, lelaki yang bagus dan juga pemain yang seronok untuk disaksikan di atas padang."

Semasa Bersama Benfica


6. Luiz memberitahu teknik permainannya yang cemerlang kerana semasa kecil beliau selalu berlatih bersama bapanya, Ladislao. "Saya ingat lagi sesi latihan harian saya dengan bapa saya," kata Luiz. "Apabila dia pulang dari tempat kerja, dia akan membawa saya ke padang gersang yang tanpa rumput langsung. Kami akan bermain bersama serta mempraktiskan kaki kiri dan kanan, segala jenis latihan. Kemudian saya sudah pun mengecap impian dan saya benar-benar yakin bahawa saya akan menjadi pemain bola sepak yang bagus!"

Carlos Valderrama


7. Nama timangan yang telah dberikan oleh pasukan barunya ialah Valderrama kerana persamaan gaya rambutnya dengan bekas pemain antarabangsa Columbia , Carlos Valderrama.

Pepe Reina Bersama Manchester United 11/12 Nanti??

Pepe Reina
 1. Penjaga gol Liverpool, Pepe Reina mungkin akan melengkapkan perpindahan bernilai 22 juta Pound ke kelab musuh ketat The Kop, Manchester United musim panas ini.

2. MU berada dalam pasaran untuk mencari pengganti bagi penjaga gol no. 1 mereka , Edwin van der Sar yang bakal bersara musim ini. David De Gea,bintang Atleticoa Madrid, Martin Sketeleenburg Ajax dan Manuel Neuer Schalke dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford.

3. Reina enggan mengesahkan komitmen bersama kelab dan dilihat seperti mahu keluar dari Merseyside. Pemain itu menandatangani kontrak 6 tahun April lepas dan dilaporkan Liverpool menolak tawaran 15 juta Pound dari Arsenal untuk penjaga gol itu.







4. Agen Reina dilaporkan sedang membincangkan terma pelepasan dalam kontrak penjaga gol itu, sama seperti yang dilakukan oleh agen Torres sebelum ini. Keraguan makin timbul apabila Reina mengatakan masa depannya di Liverpool bergantung kepada di mana pasukan mereka tamat musim ini.

5. Mungkin juga disebabkan keinginan untuk beraksi di Liga Juara-Juara menyebabkan penjaga gol berusia 28 tahun ini berubah fikiran untuk terus setia di Merseyside.

6. Yang pasti, jika perpindahan ini berlaku, permusuhan dua kelab ini semakin menebal sama seperti ketika jersi Fernando Torres dibakar oleh penyokong The Kop yang marah dengan tindakannya itu.

7. Arsenal turut dilaporkan sedang mencari penjaga gol baru menggantikan Almunia dan Fabiansky yang sering melakukan kesilapan.

p/s- apa susah..Khairul Fahmi kan ada..=))

Siapakah Yang Akan Menjadi Penjaring Terbanyak EPL Musim 10/11 Ini??

Tidak lama lagi, Liga Perdana Inggeris (EPL) akan berakhir. Sehingga pada saat ini penjaring terbanyak liga telah diketahui. Namun tidak bermakna takhta penjaring terbanyak sudah diketahui kerana umumnya ramai yang mengetahui apa pun boleh terjadi dalam bola sepak. Berikut merupakan analisis mengenai senarai penjaring terkini EPL.


a. Dimitar Berbatov (20 gol)
Dimitri Bebatov

Penyerang ini telah meledakkan 20 gol dalam kempen 10/11 bersama United. Merupakan pilihan terbaik Fergie buat masa ini sementara Rooney masih mencari rentak dan Chicharito kerap diturunkan sebagai pemain gantian. Penyerang yang sentiasa 'kool' dan bersahaja dan peminat sering melabelnya sebagai 'pemalas' serta kekalahan kepada Chelsea dan Liverpool mungkin menyebabkan beliau hilang gelaran musim ini namun beliau membuktikan pembelian Fergie bernilai 30.75 pound ini berbaloi kerana ingin membuktikan kepada peminat United yang beliau sememangnya berbaloi.

b. Carlos Tevez, Manchester City (18 gol)
Carlos Tevez

Setelah insiden kekalahan yang teruk menentang Jerman di Piala Dunia yang lalu, Tevez kembali mengganas bersama Manchester City. Mengetuai jentera serangan, Tevez ialah seorang striker sejati kerana kemahuannya yang bersungguh-sungguh untuk menjaringkan gol. Pencabar terdekat Berbatov dengan kekurangan dua gol dan sering melakukan keajaiban untuk menjaringkan gol bersama pasukannya, serta semangat untuk layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan, tiada yang mustahil bagi penyerang ini. Mungkin para peminat MU berasa kecewa kerana perpindahannya ke MC dan Ferguson boleh disalahkan kerana tidak mengekalkan kariernya di United.

c. Kevin Nolan, Darren Bent, Robin Van Persie, Andrew Carroll. (11 gol)
Robin Van Persie

Andrew Carroll

Darren Bent

Kevin Nolan

Setakat ini penyerang-penyerang ini telah menjaringkan 11 gol dalam liga. Namun agak mustahil untuk mengejar jumlah jaringan terbanyak sekarang. Apa yang menarik perhatian di atas ialah perpindahan Andrew Carroll ke Liverpool. Perpindahan ini mungkin akan memberikan Carroll banyak peluang untuk menjaringkan gol. Carroll memulakan debutnya dan memberikan impak segera semasa kunjungan MU ke Anfield. Van Persie pula baru pulih daripada kecederaan. Striker emas Arsene Wenger ini mempunyai pasukan yang berdedikasi namun taktikal permainan mereka kadangkala tidak menjadi kerana boleh dihidu pihak lawan. Bent membuktikan yang beliau mampu untuk menjaringkan gol tidak kira dalam pasukan mana pun. Dan Nolan mungkin antara tunjang penting dalam Newscastle setelah pemergian Carroll. Sememangnya jaringan daripadanya amat diperlukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...