December 21, 2011

LUIS SUAREZ Digantung 8 Perlawanan! (PANAS)



1. SAAT post ini ditulis, Liverpool menduduki tangga ke lima liga, dan yang pasti mereka akan menghadapi kesukaran untuk meneruskan cabaran liga selepas ini apabila bintang mereka, Luis Suarez, digantung 8 perlawanan!

2. Pada 20 Disember 2011, The Reds sedar mereka akan kehilangan bintang utama mereka ini selepas penyiasatan English FA yang mendapati penyerang antarabangsa Uruguay itu bersalah atas isu perkauman. Suarez akan didenda £40,000 ($62, 000) dan digantung 8 perlawanan. Penyiasatan kes ini memakan masa selama 2 bulan selepas Patrice Evra menuduh Suarez mengunakan bahasa yang bersifat kurang ajar dan berbaur perkauman ke atasnya sewaktu kunjungan MU ke Anfield pada 15 okt. yang berakhir dengan keputusan 1-1. 

3. Suarez yang mendahului senarai penjaring gol Liverpool yang lain dengan jurang 3 gol akan mempertahankan pengakuan tidak bersalahnya dan diberi masa 14 hari untuk merayu selepas menerima surat rasmi dari English FA.



4. Liverpool memberi respon dengan kritikan yang tajam terhadap penyiasatan itu, mereka berpendapat Evra juga PATUT menerima hukuman. Seperti yang dinyatakan di DAILY MAIL sebelum ini,
" kami berasa pelik bagaimana Suarez boleh dituduh bersalah dengan memanggil Evra begitu dimana hanya pemain Man Utd dan pegawai perlawanan yang mendengarnya di Anfield sedangkan keriuhan penyokong The Kops ketika itu sungguh bingit semasa tendangan penjuru hendak dilakukan".  

5. Pihak Liverpool juga berkata yang perkauman Suarez boleh dianggap pelik kerana Suarez sebenarnya berbilang kaum dan didapati bersalah berdasarkan bukti-bukti yang dibentangkan. Mereka tidak boleh menerima  cara Luis Suarez disiasat dan dijatuhkan hukuman sebegitu rupa. Untuk pengetahuan pembaca, datuk Suarez sendiri berkulit hitam.



6. Insiden ini bermula apabila Suarez telah melakukan ‘foul’ terhadap Evra, dan Evra marah diperlakukan sedemikian dan mendakwa selepas dijatuhkan Suarez, Suarez memanggil Evra dengan panggilan 'negro'. Ketegangan ini berlaku berdekatan sepakan penjuru Man Utd.  

7.  Lapan perlawanan yang bakal terlepas oleh Suarez termasuklah dua perlawanan penting iaitu pertemuan dengan Manchester City dalam Carling Cup dan Liga Perdana.


0 Pengulas Tetap:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...