December 21, 2011

10 Pemain EPL 2011/12 Yang Perlu Diberi PERHATIAN (Pilihan Kami)

10 pemain yang kami pilih ini merupakan pemain yang perlu diberi perhatian sehingga akhir musim EPL. Adakah mereka akan memberikan kesan yang besar kepada kelab dan liga? Sesetengah daripada mereka mula menampakkan potensi untuk memberikan cabaran yang terbaik kepada setiap kelab yang bertanding. Layan.


Berbakat besar, Phil Jones ada segalanya untuk menjadi kapten England di masa hadapan.
Pemain ini laju, membantu pertahanan dengan baik dan mengawal permainan dengan cantik. Tampak pengganti yang sesuai untuk menjadi kapten England di masa hadapan. Apa yang menarik mengenai pemain ini ialah keyakinannya yang tinggi dan tidak angkuh. Yang pasti dia akan cuba untuk menjadi kesebelasan utama Manchester United, dengan Rio yang mengalami banyak kecederaan musim ini, banyak peluang terhidang untuknya memberikan yang terbaik kepada kelab. Kuat dalam bertahan, banyak bergerak dan memiliki ciri-ciri pertahanan moden masa kini.

Mampukah De Gea meneruskan legasi yang ditinggalkan Van der Sar?
Seorang penjaga gol yang dinanti-nantikan, dibeli dari Atletico Madrid dengan nilai 17.8 juta pound, hadir dengan reputasi yang mengagumkan,namun terpaksa mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Edwin Van der Sar dan meneruskan legasi cemerlang penjaga gawang United terdahulu. Sekurang-kurangnya dia akan dibantu oleh Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand di hadapannya tetapi fokus dalam permainannya harus tinggi. Seperti kebiasaan penjaga gol United yang lain, banyak masa terluang dalam permainan untuk penjaga gol United menyentuh bola namun apabila lawan mula membuat serangan, mereka mesti bersedia. Apa yang pasti, rentak liga Sepanyol berbeza dengan corak permainan Liga Perdana Inggeris yang laju. Berdasarkan penilaian kami, De Gea sering tewas dengan bola mudah, tetapi mampu menyelamatkan bola-bola yang sukar dari pihak lawan. Diharapkan dia mampu untuk menyerap segala tekanan memandangkan umurnya sangat muda untuk menjadi antara watak penting dalam kelab besar seperti United! 

Luis Suarez, menyesuaikan diri dengan cepat di Anfield musim lalu.
Kami tahu Liverpool amat mengujakan Suarez dan dia memiliki segalanya untuk menjadi bintang dalam Liga Perdana Inggeris. Seorang yang sentiasa ingin memenangi perlawanan, penjaring gol ini mudah menyesuaikan diri di Liverpool. Tidak seperti Andy Carroll yang lambat menyesuaikan diri di Annfield, Suarez kelihatan seperti berada di tempat sendiri! Pemain yang laju, penggelecek yang hebat dan penjaring yang berbisa, apa lagi yang kita boleh gambarkan mengenai Suarez. Namun yang pasti isu kontroversinya dengan bek kiri United, Patrice Evra sedikit sebanyak akan menjejaskan rentaknya dalam EPL. Diharapkan FA akan meringankan denda yang dikenakan ke atasnya.

Rafael Van der Vaart menambat hati ramai penyokong Tottenham musim lalu.
Prestasi yang ditonjolkan oleh Van der Vaart pada musim lalu amat membantu kelabnya mengharungi musim EPL 10/11 dengan cemerlang. Tetapi pada akhir-akhir musim, prestasinya kurang berbisa. Adakah disebabkan tahap kecergasan atau kurang keyakinan diri. Nampaknya dia perlu membina kecergasan pada musim ini. Seorang pemain yang sentiasa menarik perhatian penonton, pengambil sepakan percuma yang terbaik, popularitinya di White Hart Lane semakin meningkat. Pengalamannya bersama kelab besar yang lain pada masa lalunya sering dijadikan panduan kerana dia tahu apa yang diperlukan dalam setiap perlawanan untuk menjadi sang juara. Diharapkan Van der Vaart mampu memberikan yang terbaik pada musim keduanya di sini dan mampu menghadapi segala tekanan dengan baik.

Scott Sinclair (kanan), menjaringkan hatrik untuk Swansea sewaktu final play-off musim lepas. 
Pengurus, Brendan Rodgers telah memberikannya platform untuk Scott menonjolkan diri dengan larian-lariannya yang pantas di sebelah sayap. Masalah yang ketara ialah peluang untuk membuka permainan dari sayap jarang hadir dan dengan bek lawan yang bagus, sudah pasti ini akan menyukarkan Scott untuk memberikan yang terbaik. Apabila Scott memakai jersi berwarna merah, anda mesti memikirkan bahawa pemain ini Theo Walcott, dan seperti Theo, dia boleh berlari sepantas kilat di padang! Menjaringkan hatrik pada final play-off yang lalu, senjata utama Swansea pada musim ini.  

Connor Wickham membuktikan pembelian Sunderland berbaloi.
Bertubuh sasa,kuat dan bertenaga, Connor ialah seorang penyerang hadapan yang bergaya lama. banyak kelab besar yang mengintainya tetapi memilih untuk menyarung jersi Sunderland. Namun prestasinya tidak konsisten. Semasa prestasi baiknya, dia tampak kelihatan sungguh berbakat sewaktu pertemuan dengan Ipswich. Tanggungjawab untuk memimpin bahagian hadapan Sunderland (dan menggantikan Darren Bent) ialah satu tugas yang besar,namun perpindahannya ke Sunderland ialah antara perpindahan yang menarik sepanjang musim perpindahan dengan nilai 8 juta Pound berbanding nilai Andy Carroll iaitu 35 juta Pound. Jaringan daripada Wickham akan membuktikan pembelian Steve Bruce sesuatu yang berbaloi kepada Sunderland! 

Membuktikan Arsenal sentiasa cemerlang jika RVP cergas.
Apa yang kami boleh simpulkan - kalau dia kekal cergas sepanjang musim ini, dia akan menang Golden Boot dan Arsenal akan menamatkan musim ini dengan cemerlang, sekurang-kurangnya tangga ke tiga liga. Kadar gol dalam setiap perlawanannya amat menkagumkan! Dia boleh menjaringkan dari jarak jauh dan jarang mensia-siakan peluang yang terhidang untuknya. Finishing RVP memang cun dan amat berbahaya jika dia sudah berada dalam kotak penalti. Tetapi kecergasannya amat penting. Pastikan RVP sentiasa berada di padang dan Arsenal akan juara. Sewaktu kunjungan Arsenal ke tempat lawan pada musim lalu RVP cemerlang dengan rekod jaringan sembilan game sembilan gol menunjukkan apa yang boleh dilakukan oleh RVP (time fit la).

Penuh dengan skill, Charles N'Zogbia, Aston Villa.
Melihatkan rekod jaringannya musim lalu dengan 10 gol bersama kelab yang bergelut di bawah tangga liga, dia antara sebab kenapa Wigan masih kekal di EPL. Kekuatannya ialah dia seorang yang laju, dinamik dan 'old-fashioned dribbler'. masihkah anda ingat dua gol yang dijaringkan sewaktu menentang West Ham dalam perlawanan penting yang menyaksikan Wigan bakal tersingkir dari EPL?Hal ini menunjukkan dia boleh memberikan yang terbaik walaupun dalam keadaan tertekan kerana kemampuannya untuk menyerap segala tekanan. cabarannya bersama Aston Villa akan membuktikan bahawa perbelanjaan Aston Villa pada musim perpindahan yang lalu berbaloi. Kami suka dengan cara permainan beliau tetapi kami berharap agar dia dapat menangani sifat 'moody' sewaktu bersama Newcastlle dan Wigan dahulu. Tetapi dengan umur yang semaki matang, dia mampu untuk menghiburkan penyokong Aston Villa dan menyambung legasi Ashley Young sebelum ini.

Perancang tengah yang menakjubkan, Adel Taarabt, kapten QPR.
Adel mungkin antara 'most skillful player' di EPL. Seorang pemain perancang yang menakjubkan untuk QPR, Warnock telah membuat kerja dengan baik untuk menyerlahkan identiti Taarabt, dengan memberikan peluang kepada Taarabt untuk mempengaruhi corak permainan pasukannya. Kadang-kala mereka memerlukan dua bola ; satu untuk Taarabt, satu lagi untuk pasukannya dan dia akan digantikan selepas 30 minit. Itu apa yang kami boleh gambarkan mengenai Adel. Hanya pemain yang betul-betul berkemampuan sahaja mampu melakukan aksi seperti Adel ini.   

Pembelian terbaik musim ini? Sergio Aguero ialah pembelian terbaik dalam EPL! 
'Mighty Mouse' Manchester City yang terbaru! Nama besar yang mencorakkan EPL musim ini dan yang pasti semua akan ternanti-nanti untuk melihat aksi Aguero dalam setiap perlawanan. Pakar voli dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam volinya mengingatkan kami kepada Mark Hughes dengan teknik itu. Sering membawa masuk bola ke dalam kotak penalti dan mengkucar-kacirkan pasukan lawan dan boleh mengawal tempo permainan, Aguero sudah membuktikan bahawa dia yang terbaik dalam skuad Mancini. Dengan barisan penyerang berkualiti yang berlambak di MC dan formasi 4 3 3 yang diamalkan Mancini, Kun Aguero tampak mudah untuk menyesuaikan diri dengan cepat walaupun bermain 4 4 2 di Atletico sebelum ini dan akan sentiasa menjadi pilihan Mancini untuk memimpin bahagian depan MC. Hasilnya, MC menduduki tangga pertama liga pada ketika ini. Semestinya penambahan terbaik musim ini di EPL!




4 Pengulas Tetap:

alamak..tulisan pyh nx bca la..
hrp diperbaiki

owh...ni pilihan dunia ke? or pilihan sendiri? de gea nice jd gk...luii suarez memg terbaik...

ada antaranya pilihan kami..n selebihnya, mr google..must watch player hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...