December 29, 2011

CHAMPIONS LEAGUE : Liga Juara Juara

Liga Juara-Juara, Piala paling Berprestij Di Dunia?
1. DEMAM Liga Juara-Juara semakin terasa. Dengan dua kelab Manchester tersingkir dari saingan ini, rasanya ramai penyokong Manchester yang tidak berpeluang menyaksikan kelab mereka beraksi dalam kancah saingan piala ini. Liga Juara-Juara boleh dikategorikan sebagai kejohanan yang paling berprestij di dunia. 32 kelab terbaik di Eropah akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini berdasarkan kedudukan liga mereka pada musim lalu. Perlawanan selalunya pada hari selasa dan rabu malam, sepanjang bulan September hingga Mei.

2. Ok. Sebut liga juara-juara, rasanya ramai yang tak tau format pertandingan ni lagi. Ok. Pertandingan ini akan dijalankan dalam peringkat kumpulan dan akan pergi ke format pusingan kalah mati. Bermula dengan 32 kumpulan yang dipecahkan kepada lapan kumpulan, empat pasukan satu kumpulan. Dalam kumpulan ini, mereka akan bermain 3 perlawanan di tempat sendiri dan 3 di tempat lawan. Dua pasukan terataas akan pergi ke pusingan 16 pasukan kalah mati.
Contoh 32 Pasukan Yang Akan Merebut Slot Ke Pusingan 16 Pasukan Kalah Mati. 
3. Dalam pusingan kalah mati pula, 16 pasukan ini akan diundi semula dan perlawanan akan berlangsung sebanyak dua kali, di tempat sendiri dan di tempat lawan. Kiraan pemenang adalah berdasarkan agregat dan jika seri, peraturan gol tempat lawan akan diguna pakai. Contoh, A menang  dengan B di tempat A, 1-0, B menang di tempat sendiri menentang A 2-1, agregat, 2-2. tapi A akan layak kerana berjaya menjaringkan gol di tempat lawan berbanding B kerana B agak 'noob' sedikit bermain di tempat A. Jika A dan B seri di kedua-dua tempat, mereka akan bermain untuk tambahan masa selama setengah jam lagi dan jika seri juga, tendangan penentuan penalti akan dijalankan.
16 Pasukan Dalam Pusingan Kalah Mati Yang Akan Merebut Slot Ke Final.
4. Pada pusingan suku akhir dan separuh akhir, formatnya tetap sama. pada pusingan akhir pula, venue akan ditentukan. Venue tidak akan dijalankan di negara kedua-dua pasukan yang layak ke pusingan akhir, tetapi akan dijalankan di negara yang akan ditentukan nanti. Selalunya perlawanan akhir akan berlangsung pada hari rabu. Buat pertama kalinya, Tahun 2010 menyaksikan perlawanan akhir berlangsung pada hari SABTU.
Piala Yang Menjadi Idaman Semua Kelab Terbaik Eropah.
5. Syarat untuk masuk Liga Juara-Juara yang ditetapkan oleh UEFA pula ialah berdasarkan kekuatan sesuatu liga itu. Ini bermaksud, liga seperti EPL, Seria A, dan La Liga akan menghantar 4 pasukan setiap tahun dan pasukan yang mara ke perlawanan akhir pada musim yang lepas juga turut layak secara automatik ke peringkat kumpulan. Liga-liga yang kecil akan menambahkan kuota 32 pasukan yang lain.

6. Sekian info dari kami. Kepada para pembaca yang ada cadangan atau fakta menarik untuk perkongsian bersama, boleh la tinggalkan jejak anda di sini atau post di Facebook Page kami. Terima kasih daun keladi!

0 Pengulas Tetap:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...