April 04, 2011

Updated! Siapakah Romelu Lukaku? Mengapakah Lukaku Menjadi Rebutan Kelab-Kelab Eropah?

Romelu Lukaku



1. Romelu Lukaku menjadi subjek hangat dalam pasaran perpindahan pemain musim ini dan kelab-kelab besar seperti Chelsea, Liverpool, Tottenham, Real Madrid, Manchester United dan juga Everton bersaing untuk mendapatkan tandatangannya. Dijangkakan juga banyak kelab akan menyertai perebutan untuk mendapatkan pemain ini.

2. Digelar sebagai 'a young drogba', Lukaku menamatkan Belgian League musim 09/10 sebagai penjaring terbanyak liga dengan 15 gol daripada 33 penampilan walaupun sering diturunkan sebagai pemain simpanan.
3. Menariknya, Lukaku baru berusia 17 tahun ! Berikut ialah sedikit biodata tentang dirinya.
      
Nama : Romelu Menama Lukaku
Warganegara : Belgium
Tarikh Lahir : 13 May 1993
Umur : 17
Tempat Lahir : Brussels
Kelab Yang Pernah Diwakili : RSC Anderlecht, Jupiler Pro League.
Posisi :Penyerang
Tinggi : 190 cm
Berat : 94 kg
Kaki :Kanan

4. Lukaku membuat debut pertamanya bersama Anderlecht pada 24 May 2009 pada perlawanan menentang Standard Liege dan 11 hari kemudian menandatangani kontrak professional pertamanya. December 2009, Lukaku menjadi penjaring ketiga termuda dalam perlawanan kelab eropah apabila dia menjaringkan gol menentang Ajax pada umur 16 tahun dan 218 hari. Pada 24 Feb 2010, dia membuat penampilan antarabangsa pertamanya dalam perlawanan persahabatan menentang Croatia tetapi tidak menjaringkan gol. Gol antarabangsa pertamanya ialah sewaktu perlawanan persahabatan menentang Russia iaitu pada 17 Nov 2010.

5. Lukaku memang dilahirkan dalam keluarga bola sepak. Ayahnya ialah seorang pemain bola professional dan adiknya, Jordan bermain di dalam pasukan muda R.S.C, pasukan sama yang pernah diwakili Lukaku.   






6. Mempunyai kelebihan fizikal, kuat, tinggi dan pantas, tidak mudah hilang posisi dan kualiti 'finishing' yang cemerlang membayangkan Lukaku sebagai seorang penyerang yang berbisa. Dia juga seorang yang fokus dan bersungguh-sungguh.


7. Walaupun bermain bola, fokusnya juga terarah kepada pelajaran kerana masih menghadirkan diri ke sekolah. 

8. Dikhabarkan bahawa hampir semua kelab-kelab besar eropah bersedia untuk terlibat dalam perebutan untuk mendapatkannya. Namun Chelsea mendahului kelab-kelab lain dalam rundingan bersama Anderlecht. Namun Anderlecht seperti tidak hendak menjualnya Lukaku tetapi mungkin berubah fikiran jika harga yang ditawarkan berbaloi.
   
9. " ada 15 kelab di seluruh dunia ini yang sanggup untuk membayarnya. Tetapi jika mereka hanya menawarkan €20 juta, mereka tidak akan berjaya. kami mahu nilai yang lebih untuk Lukaku."  Anderlecht's general manager Herman van Holsbeeck, November 2010.

Lukaku Peminat Pasukan Chelsea


10. Lukaku berkata bahawa dia pernah cuba untuk dibeli oleh Chelsea dan Arsenal sewaktu berumur 13,14. "saya tidak pernah untuk menyembunyikannya bukan kerana Chelsea ialah pasukan kegemaran saya tetapi Manchester United, Arsenal, Liverpool dan Manchester City juga menarik untuk difikirkan" kata Lukaku kepada Goal.com UK

0 Pengulas Tetap:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...