April 06, 2011

Updated !The Blues vs Red Devils !


1. Sudah hampir sedekad Manchester United tidak menang di Stamford Bridge menentang Chelsea dan barisan pimpinan Alex Ferguson ghairah mahu menamatkan kemarau panjang itu apabila dua kelab gergasi Inggeris tersohor itu bertembung dalam saingan suku akhir pertama, Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi esok.

Terry (kanan) dan Van der Sar (kiri)


2. Tidak dinafikan dua tonggak skuad England - John Terry dan Wayne Rooney - boleh menjadi penentu ketika ia menemukan antara pertahanan dan penyerang terbaik dalam Liga Perdana Inggeris.
Minda Rooney mungkin terganggu gara-gara penggantungan dua perlawanan tetapi pemain berusia 25 tahun itu sentiasa dahagakan kejayaan di pentas besar dan Terry mengerti betapa sukar menyekat ayam tambatan Red Devils itu pada hari terbaiknya.

3. Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti pula tampak tertekan kerana jawatannya mungkin hilang andai gagal memenangi sebarang trofi musim ini, tambahan penyerang termahal mereka, Fernando Torres belum lagi menemui jaringan selepas hadir dengan reputasi pemain yang bernilai 50 juta pound (RM255 juta).

4.  United belum menang di tempat lawan sejak 2002. Sehari menjelang perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Chelsea, Alex Ferguson sudah mula mencipta 'perang psikologi' apabila menyifatkan lawan itu yang mengatasi mereka sebelum ini menang atas faktor nasib sahaja.
"Saya fikir semua orang mengakui dalam empat perlawanan terakhir banyak keputusan penting memihak Chelsea," kata pengurus The Red Devils itu. "Kami menewaskan mereka dalam final Eropah, kami adalah pasukan lebih baik di final. Kami adalah pasukan lebih baik beberapa minggu lalu di Chelsea. "Kami mempunyai kualiti, tiada persoalan mengenainya. Kami mungkin tidak bernasib baik menentang mereka, tetapi kami tidak mempunyai masalah dengan mereka. 

5. United memburu kemenangan pertama ke atas Chelsea di Stamford Bridge hampir satu dekad ketika dua gergasi Inggeris itu bertembung, hari ini. Tetapi Ferguson menyedari beberapa posisi dalam pasukannya perlu diperkuatkan bagi menghadapi Chelsea di Stamford Bridge, di gelanggang yang menyaksikan Red Devils tidak pernah menang sejak 2002. Mungkin lebih tepat, Chelsea memenangi tiga pertemuan terakhir menentang United, termasuk kemenangan 2-1 bulan lalu yang menyaksikan Ferguson digantung lima perlawanan.
 
Pemain Chelsea yang perlu diperhatikan: Nicolas Anelka.
Pemain Man. U yang perlu diperhatikan: Wayne Rooney.
Pertarungan Utama: Jose Bosingwa vs Nani
Trivia: Man U mempunyai rekod yang baik bertemu Chelsea di Stamford Bridge debgan 31 kemenangan berbanding 23 dengan Chelsea dan seri sebanyak 19 kali. 
Ramalan: Walaupun menduduki tangga teratas liga, United tampak bergelut dan menghadapi perlawanan yang sukar. Chelsea akan menang dengan agregat yang tipis.

rujukan: www.bharian.com.my

0 Pengulas Tetap:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...