March 28, 2011

Bintang Baru Chelsea, David Luiz !

David Luis


1. Ramai yang menyangka pembelian Fernando Torres Januari lalu akan memberikan impak segera kepada The Blues dan ramai kita tidak sedar bahawa David Luiz telah melakukan keajaiban dengan volinya yang cantik ketika kemenangan ke atas MU yang lalu.

2. Luiz lantas dilabelkan sebagai pemain terbaru The Blues yang berbahaya apabila menyerang dan menjadi pujaan peminat. Pemain yang datang dari Benfica ini mempunyai gaya rambutnya yang tersendiri.

3. Pemain berumur 23 tahun ini pernah digugurkan kelab gergasi Sao Paolo di Brazil dan kelab Divisyen Dua, Vitoria Bahia mengatakan kepadanya bahawa fizikal tubuh badannya tidak sesuai untuk menjadi pemain bola sepak profesional. Namun jurulatih Ilderico, Tiu campur tangan untuk meyakinkan kelab yang mereka harus mengekalkan pemain ini kerana kecekapannya membaca perlawanan.

Bersama Pasukan Kebangsaan Brazil


4. Seorang wartawan Potugal memberitahu , "dia gemar menggelecek terlalu lama di kawasan pertahanan dan melepasi ramai pemain namun selalu kehilangan bola. Dia begitu yakin sehinggakan dia fikir yang dia ialah Maradona."



5. Kehadiran Luiz di Chelsea turut disukai Ramires yang juga pemain yang berasal dari Benfica. "semua orang di Benfica menyukai David, bukan kerana hanya kualitinya di atas padang. dia gemar membantu orang dan saya salah seorang yang menerima manfaatnya. dia ada semua ciri yang diperlukan untuk sukses di Chelsea. dia ada jiwa yang besar, lelaki yang bagus dan juga pemain yang seronok untuk disaksikan di atas padang."

Semasa Bersama Benfica


6. Luiz memberitahu teknik permainannya yang cemerlang kerana semasa kecil beliau selalu berlatih bersama bapanya, Ladislao. "Saya ingat lagi sesi latihan harian saya dengan bapa saya," kata Luiz. "Apabila dia pulang dari tempat kerja, dia akan membawa saya ke padang gersang yang tanpa rumput langsung. Kami akan bermain bersama serta mempraktiskan kaki kiri dan kanan, segala jenis latihan. Kemudian saya sudah pun mengecap impian dan saya benar-benar yakin bahawa saya akan menjadi pemain bola sepak yang bagus!"

Carlos Valderrama


7. Nama timangan yang telah dberikan oleh pasukan barunya ialah Valderrama kerana persamaan gaya rambutnya dengan bekas pemain antarabangsa Columbia , Carlos Valderrama.

0 Pengulas Tetap:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...