February 02, 2011

Pertahanan Manchester United, Gary Neville Mengumumkan Untuk Bersara.

Gary Neville

1. Pertahanan Manchester United, Gary Neville mengumumkan persaraan serta-merta daripada kerjaya bola sepak pada umur 35 tahun.

2. Neville yang telah membuat hanya 3 penampilan EPL musim ini disebabkan masalah kecergasan, membuat 602 penampilan bersama MU dan mewakili England untuk 85 perlawanan.
 
3. Digelar sebagai "the best English right back of his generation" oleh Sir Alex Ferguson, Neville ialah salah seorang daripada skuad yg memenangi Piala Remaja FA pada 1992 bersama graduan akademi MU yg lain iaitu Ryan Giggs dan Paul Scholes yg mendedikasikan keseluruhan karier bola sepak mereka di MU.

Zaman Mudanya bersama MU; no. 2 dari kanan

4. Walaupun Scholes dan Giggs masih bersinar di EPL, Neville sudah membuat keputusan utk menggantung butnya. Semasa bersama MU, beliau telah mengumpulkan 8 kejuaraan liga, 1 Liga Juara-Juara dan 2 League Cups. 
 
5. " Saya telah menjadi peminat MU sepanjang hayat saya dan telah memenuhi segala impian yang saya inginkan selama ini. Yang jelas saya amat kecewa kerana karier sy berada di penghujungnya, walaubagaimanapun hari itu telah datang dan masa untuk saya pergi ialah sekarang" kata Neville kepada pemberita. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Sir Alex atas tunjuk ajarnya selama ini. "Impaknya kepada kelab secara umumnya amat besar; kehadirannya di bilik persalinan dan kualiti kepimpinan menjadi aset kepadanya sebagai seorang pengurus. Semua pemain muda harus berterima kasih kepadanya" tambahnya lagi.

Bersama David Beckham

 
6. Gandingan yg baik bersama David Beckham di sebelah kanan pasukan United, Neville dianugerahkan lilitan kapten pada 2005 hasil daripada semangat berpasukan,dedikasi yang ditunjukkan serta nilai professionalisma dibawah pengurusan Sir Alex Ferguson.    


7. Ferguson berkata, " Gary ialah seorang bek kanan yg terbaik pada zamannya. Beliau ialah contoh kepada mana-mana pemain muda yg lain kerana sifatnya yang profesional, kerja keras, setia dan bijak. Sebagai peminat United yg tulen, nama beliau sentiasa dalam sebutan peminat-peminat MU di luar sana." 

8. Neville juga merakamkan penghargaan kepada rakannya, Rio Ferdinand yang menulis status di twitter yg berbunyi, "Gary Neville has retired from football ... the best right back in premier league history #fact. Gonna be a loss to our dressing room #banter.".



 

0 Pengulas Tetap:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...