February 01, 2011

Fernando Torres ( El Nino ) Beralih Angin Ke Stamford Bridge!

Torres dengan jersi Chelsea
Antara detik-detik Torres bersama Liverpool
1. Chelsea telah melengkapkan perpindahan Fernando Torres dari Liverpool dengan rekod perpindahan British sebanyak £50 juta.

2. Torres menandatangani kontrak untuk lima tahun setengah dan meletakkan pendapatannya setaraf dengan kapten Chelsea, John Terry dan Frank Lampard.

3. Torres menyertai Liverpool dari Athletico Madrid pd 2007 dan mencipta rekod sebagai penyerang import yang paling prolifik dalam debutnya bersama Liverpool di England mengalahkan Ruud Van Nistelrooy dari Manchester United.

4. Rekod bayaran termahal dalam bola sepak Inggeris sebelum ini dipegang Carlos Tevez selepas keluar daripada Manchester United untuk ke Manchester City dengan bayaran 47 juta pound (RM235 juta) pada 2009.

5. Antara kenyataan yang dikeluarkan Torres selepas perpindahannya ke Chelsea:

“Saya amat gembira dengan perpindahan ke Chelsea dan berharap dapat membantu rakan baru musim ini serta untuk beberapa tahun akan datang,” kata Torres.

“Selepas menentang Chelsea beberapa kali sejak datang ke England, saya tahu ada ramai pemain hebat di sini dan saya perlu bekerja keras untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama. Saya harap dapat menjaringkan beberapa gol penting bagi menggembirakan penyokong musim ini,” kata penjaring 81 gol untuk Liverpool itu.

“Saya pasti saya melakukan satu langkah besar ke depan dalam karier dengan menyertai kelab seperti Chelsea.
Saya hanya mahu berada pada tahap sepatutnya bagi saya. Ini kelab yang hebat dan setiap orang menjangkakan yang terbaik dari saya, saya sudah bersedia dengan cabaran itu.”

Replika jersi Torres dibakar
6. Yang pasti pemergian Torres tidak dpt diterima oleh penyokong2 fanatik Liverpool kerana mereka tidak menjangkakan yang Torres akan keluar awal dari kelab itu.

7. Namun duit hasil perpindahan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Dalgish, pengurus baru Liverpool menggantikan Roy Hodgson dengan membawa masuk dua pemain baru, Andy Carroll dan Luis Suarez.





0 Pengulas Tetap:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...